Sukan Star TV

0 votes
Dihempap tong gas, warga emas maut

Ipoh : Kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran simpang empat lampu isyarat Jalan Lahat melibatkan seorang warga emas yang menunggang motosikal maut selepas dihempap tong berisi gas methyl chloride seberat 920kg. Mangsa Cheah Seaw Oon @ Cheah Seaw Oow berusia 65 tahun maut di lokasi kejadian disebabkan kecederaan parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu.

Menurut maklumat mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik abangnya sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.


Ismail Darus selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 5.27 petang.


Menurut Ismail, 1 jentera dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik membabitkan 7 anggota terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tong gas berkenaan.

“Mangsa yang masih berada di atas motosikal serta dihempap tong gas itu berada hampir dengan tayar sebelah kanan bahagian hadapan lori. Kita hanya mengambil masa kira-kira satu minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan lifting bag untuk mengubah tong gas itu. Lori tersebut membawa 12 tong gas namun insiden kemalangan itu mengakibatkan 5 daripadanya terjatuh ke atas jalan raya. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat” kata Ismail ketika ditemui di lokasi kejadian.


admin 84 points
14,369 views Feb 11, 2016

Please log in or register to Comment this Media.