Sukan Star TV

0 votes
8 gambar objek seakan serpihan pesawat dijumpai

Serpihan objek yang ditemui di Pantai Lintang, Besut petang tadi berkemungkinan adalah sebahagian badan pesawat, kata Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah.


Polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar petang tadi berhubung penemuan objek berkenaan. Serpihan itu selebar dua meter, ditemui kira-kira 50 meter dari pantai berkenaan.


Polis Terengganu sudah memaklumkan penemuan serpihan itu kepada Jabatan Penerbangan Awam dan Tentera Udara Diraja Malaysia untuk menyiasat.


Sementara itu, penemuan serpihan tersebut menyebabkan timbul spekulasi bahawa ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines System penerbangan MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.


Seorang penduduk tempatan berkata, sebaik sahaja terpandang objek yang berada di dalam air di tepi pantai, dia bertindak dengan menarik objek tersebut ke pantai.


“Selepas ternampak objek tersebut, terus terlintas ia adalah serpihan pesawat MH370 kerana bentuk dan warnanya. Apabila mendekati objek itu, saya bertambah yakin kerana ia adalah kepingan logam tahan karat aluminium,” kata penduduk kampung berkenaan.


admin 84 points
13,821 views Jan 28, 2016

Please log in or register to Comment this Media.