Sukan Star TV

0 votes
Isteri mengaku salah potong kemaluan suami

Berikutan dakwaan memotong kemaluan suaminya pada 20 Januari yang lepas, Fatimah Abdullah berusia 51 tahun seorang wanita tempatan mengaku bersalah hari ini di Mahkamah Sesyen. Beliau mengaku bersalah di hadapan Hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Tertuduh telah didakwa menyebabkan kecederaan ke atas suaminya Umar Rahman berusia 44 tahun yang merupakan seorang peniaga warga Pakistan, menggunakan pisau yang boleh mengakibatkan kematian di kediaman pasangan itu di Jalan Beringin 3 Batu Kikir, Jempol pada jam 1.20 am, 20 Januari yang lalu.


Hakim Sazlina telah menetapkan tarikh 22 Februari ini untuk menyampaikan hukuman sementara menanti laporan perubatan berkaitan kecederaan yang dialami suami tertuduh.


Mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika didapati bersalah.


Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zainudin telah mengendalikan pendakwaan tersebut, manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.


Mahkamah telah membenarkan Fatimah diikat jamin sebanyak lima ribu ringgit dan seorang penjamin.


admin 84 points
9,186 views Jan 28, 2016

Please log in or register to Comment this Media.