Sukan Star TV

0 votes
Julai ini kakitangan awam naik gaji

Semua kakitangan awam dijamin akan terus menikmati Kenaikan Gaji Tahunan pada Julai tahun ini.


Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia berkata demikian semasa menyampaikan ucapan khas berkaitan pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini.


Menurut beliau lagi, kenaikan yang dilakukan ini kekal dalam peruntukan Bajet 2016 sebelumnya dan tidak akan diubah demi kebajikan ke semua kakitangan awam di dalam negara ini.


Perdana Menteri juga turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuklah mereka yang dilantik secara kontrak.


Najib menjelaskan, pengubahsuaian yang dilakukan ini tidak akan melibatkan pencen pesara, emolumen kakitangan awam dan tidak akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan.


admin 84 points
3,719 views Jan 28, 2016

Please log in or register to Comment this Media.