Sukan Star TV

0 votes
Akibat lawan perogol, kena denda RM309

DENMARK : Akibat menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada bagi mempertahankan diri daripada dirogol, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda.


Bedasarkan laporan yang dibuat oleh Local Denmark, remaja malang itu mendakwa ada seorang lelaki telah menyerangnya lebih kurang jam 10 malam dan telah cuba membuka pakaiannya.


Bagaimanapun perogol berjaya melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada oleh remaja perempuan berkenaan.


Mengikut Knud Kirsten seorang jurucakap polis, beliau memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada (pepper spray) adalah dilarang sama sekali dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner iaitu lebih kurang ringgit malaysia 309.


Sementara itu, stesen TV Syd salah sebuah stesen TV tempatan melaporkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja berkenaan kemudian telah mula mengumpulkan dana untuk membantu remaja berkenaan membayar denda.


admin 84 points
30,210 views Jan 28, 2016

Please log in or register to Comment this Media.