Sukan Star TV

0 votes
Umno Kedah mahu jatuhkan Mukhriz

Pemimpin Umno Kedah telah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri, kata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri.


Memetik dari portal Sinar Harian beliau berkata "Seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah. Selaku Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan."


"Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," kata beliau selepas perjumpaan tertutup pemimpin Umno negeri yang bertempat di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.


Kata sepakat itu telah dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan kekuatan jentera parti di semua peringkat, kata Ahmah Bashah.


Beliau turut menambah, tiada sebarang perancangan strategik parti yang dilakukan oleh Mukhriz bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.


Selain itu juga, Mukhriz juga dilihat gagal dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri sebelum ini


admin 84 points
8,320 views Jan 20, 2016

Please log in or register to Comment this Media.