Sukan Star TV

0 votes
Sah cerai talak satu, Jejai dan Fasha

Perkahwinan yang dibina pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai akhirnya terlerai sudah apabila Jejai melafazkan penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi.


Jejai melafazkan cerai talak satu itu dan direkodkan oleh Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab di dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang. 


 Nur Fasha Hassan nama sebenar Fasha yang berusia 32 tahun memfailkan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 pada Isnin lalu.


Pasangan itu telah bernikah pada 27 April 2012 dan telah dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma 1 tahun.


Sebelum ini Jejai juga pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada tarikh 10 Julai 2008.


Hasil perkahwinan dengan Nora Danish itu mereka telah mendapat seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.


admin 84 points
25,908 views Jan 20, 2016

Please log in or register to Comment this Media.