Sukan Star TV

0 votes
Nak duduk di bangku pemain - Datuk Vida

Datuk Vida meminta untuk dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bermula musim baru ini. 


Beliau berkata, ia bagi membolehkan dia dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan Kelantan itu. 


Jawatan berkenaan itu adalah kali pertama diwujudkan dalam pasukan yang sebelum ini terkenal dengan panggilan The Red Warriors itu, Katanya.


Memetik kata beliau dalam akhbar Berita Harian,


"Apabila saya dilantik sebagai pengurus eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini. Saya tidak mahu berada di kerusi jemputan khas kerana agak jauh berbanding dengan kerusi di sebelah padang. Jawatan itu belum ada sebelum ini dan akan diwujudkan. Ia tidak bermaksud saya mahu mencampuri pengurusan pemain, sebaliknya saya hanya mahu di hadapan bersama pemain setiap kali ada perlawanan,"


Vida Beauty bersetuju menaja pasukan Kelantan selama 2 musim dengan pembiayaan sebanyak RM 16 juta. Berikutan persetujuan bersama KAFA itu, nama pasukan berkenaan ditukar PQPTRW pada Jumaat lalu.


Kedua-dua pihak juga telah bersetuju dengan 35 syarat penajaan itu termasuklah mengecat Stadium Sultan Mohammad IV kepada warna yang baru iaitu merah jambu. 


Datuk Vida menambah, pelantikan itu adalah antara 35 syarat yang telah dipersetujui dalam perbincangan dengan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan pegawainya di ibu negara pada minggu lalu.


admin 84 points
17,456 views Jan 19, 2016

Please log in or register to Comment this Media.