Sukan Star TV

0 votes
Video Promo Jersi JDT Sama Pasukan Brazil?

Setelah video promosi jersi baru pasukan JDT viral di media sosial terutama facebook, netizen sudah mula memberi pelbagai maklum balas berkenaan video tersebut.


Ramai yang telah memuji usaha dan pendekatan JDT dalam mengubah imej bola sepak tempatan kearah yang lebih profesional bagi meraih sokongan dari peminat yang berterusan.


Video yang berdurasi selama 3 minit itu memaparkan para pemain JDT bermain bolasepak di Lapangan Antarabangsa Senai, Johor dan juga penampilan istimewa pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Bagaimanapun, tidak kurang juga yang mengkritik video tersebut yang mana dilihat mempunyai banyak persamaan dengan iklan Nike yang diterbitkan pada tahun 1998 bagi tujuan promosi jersi pasukan kebangsaan Brazil.


Sumber asal Astro Awani : http://goo.gl/lBiqXh


Anda boleh nilaikan sendiri. 

1) Video Promo Jersi JDT 2016

2) Video Promo Nike Brazil 1998

Video Promo Jersi JDT 2016


admin 84 points
49,649 views Jan 17, 2016

Please log in or register to Comment this Media.