Sukan Star TV

0 votes
Wanita ini bodyguard dan pemandu

Kelantan : Walaupun dianggap kerja yang sesuai untuk lelaki, tetapi tidak menjadi penghalang buat gadis yang berumur 27 tahun ini yang selesa dengan tugas sebagai pemandu dan bodyguard.


Wan Siti Nur Nazihah Wan Yusoff menerima dengan apa yang tersurat untuk dirinya, sebagai seorang pemandu kepada satu-satunya Exco wanita, juga Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, biarpun kadangkala masih ada ragu-ragu di sebalik keputusan yang dibuat.


“Pada mulanya saya menolak tawaran itu, tetapi setelah dinasihati beberapa pihak termasuk restu ibu dan ayah akhirnya saya menerima tanggungjawab itu,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya tugas tersebut sangat mencabar lebih-lebih lagi sebagai pemandu kereta rasmi kerajaan negeri.


“Kadang-kadang ada juga terfikir, betul ke boleh buat kerja ni?. Maklumlah semua orang tahu ini kerja sesuai untuk lelaki. Tetapi tidak ada yang mustahil, lebih-lebih lagi orang sudah memberikan kepercayaan.


“kalau orang percaya dengan kebolehan kita, kenapa perlu dinafikan lagi, sebaliknya buat dan buktikan, insya-ALLAH saya yakin yang saya mampu lakukannya," katanya.


Menurutnya kerjaya sebagai pemandu tidak terlalu asing baginya kerana sebelum ini beliau pernah menjadi pemandu bas sekolah selama tiga tahun kata anak kedua daripada tujuh beradik ini


“Sebernarnya kerja saya sebagai pemandu ini bermula secara tidak sengaja, waktu itu saya hanya hantar dan ambil adik dari sekolah, kemudian ada anak-anak jiran yang ingin menumpang kami. Makin lama makin ramai, jadi saya membuat keputusan untuk menyediakan perkhidmatan bas sekolah dengan saya sebagai pemandunya,” katanya.


Nur Nazihah yang juga anak kepada pasangan Wan Yusoff Wan Ahmad, 54, dan Limah Yusoff, 56, berkata, semasa bekerja sebagai pemandu bas sekolah dia turut diberi peluang menjadi pemandu kepada VIP-VIP parti dari Kuala Lumpur yang datang ke negeri ini.


Beliau mengakui tidak begitu mengenali majikannya secara rapat, dan tidak menolak kemungkinan penglibatannya dalam beliawanis selain cara melaksanakan tugas menarik perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan itu untuk mengambilnya bekerja.


Beliau telah memulakan tugas pada 3 Januari lalu, dan mengakui walaupun dari segi kudratnya tidak akan sama dengan lelaki, namun dia percaya mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan sentiasa bersedia lebih awal bagi memastikan tidak tergesa-tergesa dalam menjalankan tugas.


Nur Nazihah berpakaian seragam berseluar hitam, baju putih, sarung tangan, vest, sarung kaki, tudung dan kasut hitam. Beliau memulakan tugasnya jam 7.30 pagi setiap hari.


admin 84 points
10,883 views Jan 16, 2016

Please log in or register to Comment this Media.