Sukan Star TV

+1 vote
Lagu Negaraku, Azan di Stadium Merah Jambu

Banyak perubahan akan dibuat dalam penganjuran perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru dari aspek kelolaan antaranya dendangan Lagu Negaraku akan dinyanyikan secara langsung oleh tetamu jemputan.


Menurut Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), amalan menyanyikan lagu kebangsaan secara langsung di stadium telah dilakukan oleh kelab terkemuka di England dan Eropah dan ia kini antara pendekatan baharu yang akan dibawa oleh pihaknya. Menurut beliau juga konsep muhibbah, kekeluargaan dan keprihatinan akan diterapkan pada musim baharu ini. Penjualan tiket juga akan berlangsung secara mudah dan lebih awal selain penglibatan lebih banyak atlet, budayawan, tokoh serta ruang untuk jemputan khas seperti anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan individu berjaya. Yang lebih menarik laungan azan juga akan berkumandang secara live dari stadium, kata beliau dalam satu kenyataan di laman Facebooknya semalam.


Beliau juga menambah Kafa akan mengadakan rundingan dengan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam untuk membincangkan perkara itu secara lebih terperinci.


Sebelum ini, laporan akhbar menyatakan, Datuk Vida selaku Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd mahu menyuntik kelainan kepada Stadium Kelantan. Antaranya dengan mewarnakan stadium itu merah jambu bagi menimbulkan elemen kekeluargaan di stadium itu sepanjang saingan Liga M musim baharu nanti.


Jumaat lalu, Kafa dan Datuk Vida telah mencapai kata sepakat mengenai perjanjian tajaan pasukan Kelantan selama dua musim.


Hasil dari perjanjian itu, difahamkan syarikat kosmetik Vida Beauty akan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi memastikan skuad Kelantan berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini. Sebanyak RM16 juta untuk tajaan pasukan Kelantan, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.


admin 84 points
28,592 views Jan 14, 2016

Please log in or register to Comment this Media.

Sabariah Azi 28 points
cantik betul warna pink
0 votes
Jan 14, 2016
Sabariah Azi 28 points
qu putih qu putih baru lah putih