Sukan Star TV

+1 vote
Sanggup menjanda, menduda kerana alasan merepek

Sikap suami yang suka mencampurkan air ke dalam botol cecair mandian dan tabiat isteri yang gemar meninggalkan sisa kerepek di dalam kereta adalah antara alasan pelik yang menjadi punca penceraian pasangan Islam di Malaysia.


Antara alasan lain yang diberikan termasuklah pasangannya mempunyai punggung menggerutu.


Penolong Pengarah Unit Runding Cara, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor, Maryam Md. Zin berkata, pihaknya menerima pelbagai alasan yang dianggap lucu dan remeh tetapi telah menyebabkan suami hilang sabar sehingga sanggup menceraikan isterinya secara semberono.


"Namun, apabila diselidiki lebih mendalam, kes kecil tersebut hanyalah alasan kerana pasangan terbabit sebenarnya mempunyai masalah lain yang telah lama dipendam," ujarnya.


Fenomena bercerai atas alasan remeh ini sangat membimbangkan kerana ia turut menjadi penyumbang kepada statistik lebih 274,000 pasangan Islam yang bercerai dalam tempoh enam tahun lalu.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo hari ini.


admin 84 points
9,216 views Jan 13, 2016

Please log in or register to Comment this Media.