Sukan Star TV

+1 vote
Kembar hidup dalam perut seorang lelaki

Seorang remaja yang sering mengadu sakit perut terperanjat apabila diberitahu punca penyakitnya itu adalah disebabkan oleh "kembarnya" yang hidup di dalam perutnya sejak dia dilahirkan.


Doktor yang telah merawat Narendra Kumar yang berusia 18 tahun, menjumpai janin yang mempunyai berat 2.6 kilogram jisim tulang, rambut serta gigi di dalam abdomen remaja itu.

Bedasarkan apa yang dilaporkan oleh doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh kembarnya itu telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.


"Keadaan itu berlaku ketika peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu fetus memasuki fetus yang lain melalui tali pusat."


"Ia menjadi parasit dan akan hidup di dalam kembar yang lagi satu," katanya dipetik MailOnline.

Narendra menderita menderita sakit dan sering muntah-muntah malah turut hilang berat badan mendadak sejak bertahun lamanya namun keluarganya gagal mengetahui sebab mengapa berlaku demikian.


Perkara itu hanya dapat diketahui selepas doktor melakukan pembedahan pada hari Isnin dan telah menemui janin tersebut yang menjadi punca penyakitnya itu.

Sementara itu, bapa remaja berkenaan, Prem Chandra berkata, dia berasa lega kerana penyakit anaknya itu sembuh.


"Ia telah menyeksanya sejak bertahun lamanya dan kini telah dibuang. Saya berasa lega dan kini dia boleh ke sekolah dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya.


admin 84 points
60,183 views Jan 13, 2016

Please log in or register to Comment this Media.