Sukan Star TV

+1 vote
Kritikan kepada Novel Pantai Kasih Tingkatan 4

Sebuah novel yang dimasukkan ke dalam silibus pelajar tingkatan 4. Mari kita dengar apa kata saudara Faiez Ali tentang novel ini yang dilontarkan di dalam akaun facebook nya.

Novel Pantai Kasih tentang para doktor dan jururawat yang bekerja di hospital swasta melayan datuk, datin dan golongan kaya. Novel ini dipelajari pelajar Tingkatan 4.

Dalam cerita ini, ada doktor naik Porsche. Ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta dengan nurse.

Entah kenapa la novel macam ini boleh masuk dalam silibus pendidikan kita? 

Jika dibandingkan dengan Novel silibus Bahasa Inggeris Tingkatan 5 - Catch Us If You Can (tahun lepas) dan Sing To The Dawn (tahun ini), bagai langit dengan bumi isi dan pengajaran yang ada. 

CUIYC mengajar anak-anak untuk jadi tabah walaupun yatim disamping berdikari menjaga orang tuanya.

STTD pula mengajar anak-anak supaya menghormati kelebihan kaum wanita disamping membawa suara kaum tani yang sering diperah pemodal kapitalis dan elitis nan tamak haloba.

Jika ada pun pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada manusia sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya.

Lihat kualiti penulisan Bahasa Melayu kita sejak akhir-akhir ini. Rasa sedih betul.


Sumber asal : https://goo.gl/Vpli0V


admin 84 points
6,990 views Jan 12, 2016

Please log in or register to Comment this Media.