Sukan Star TV

+1 vote
Punca air merah di sekitar Sungai Balok akan diketahui

Keputusan analisis sampel air berwarna merah di Sungai Balok dan di sekitar pantai berhampiran pada akhir bulan Disember lalu, sama ada ia disebabkan oleh bauksit atau pun tidak, akan diketahui tidak lama lagi.

Ada pihak yang mendakwa fenomena itu terjadi adalah disebabkan oleh pencemaran aktiviti melombong bauksit di kawasan berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak, analisis itu telah dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan kemungkinan keputusan analisis itu akan keluar dalam masa terdekat yang akan menjadi asas bagi pihaknya melaksanakan tindakan sewajarnya.



Sumber : Bernama


admin 84 points
2,452 views Jan 12, 2016

Please log in or register to Comment this Media.