Sukan Star TV

+1 vote
Video : Doktor bengang tumbuk pesakit

Kejadian di mana seorang doktor yang berang menumbuk dan membelasah pesakit yang berlaku di Belgorod, Rusia.


Menurut berita yang di laporkan oleh Sinar Harian, pihak berkuasa Rusia membuka kertas siasatan terhadap seorang doktor sebuah hospital yang didakwa menumbuk pesakit sehingga maut, lapor The Telegraph. Insiden tersebut mendapat perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebar dan turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan malah turut viral di laman sosial.

Video : Doktor bengang tumbuk pesakit

Di dalam rakaman video berkenaan, doktor berkenaan, Ilya Zelendinov dilihat masuk ke dalam bilik rawatan bersama jururawat dan kemudian terus menarik mangsa, Yevgeny Bakhtin, 56, dan bertanyakan sesuatu sebelum menolak mangsa ke dalam sebuah bilik. Dalam pada itu, seorang lelaki lain turut dilihat cuba meredakan keadaan, namun beliau juga turut dipukul oleh doktor berkenaan yang kemudiannya bertindak menumbuk mangsa sehingga rebah. Beberapa minit kemudian, kakitangan berkenaan menyedari mangsa tidak bergerak dan cuba menyelamatkannya tetapi gagal.


Jawatankuasa Siasatan Belgorod berkata di dalam satu kenyataan mengatakan, kejadian tersebut berlaku pada 29 Disember lalu. Doktor tersebut menumbuk mangsa ke muka selepas dia dikatakan menendang salah seorang jururawat semasa menjalankan prosedur perubatan


"Punca kematian mangsa adalah disebabkan trauma pada tengkorak dan otak kesan kecederaan akibat pukulan dan kecederaan ketika jatuh ke lantai" kata penyiasat. Penyiasat itu juga berkata, doktor berkenaan disyaki menyebabkan kematian kerana kecuaian dan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.


admin 84 points
17,138 views Jan 11, 2016

Please log in or register to Comment this Media.