Sukan Star TV

+1 vote
Polis siasat gambar troll PM macam Qu Puteh

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dibuat terhadap seorang pengguna Internet yang memuat naik gambar mempersenda perdana menteri.

Dalam tweet beliau, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menjalankan siasatan terhadap penyiaran gambar “mengaibkan” itu.


Gambar itu memaparkan gambar wajah Datuk Seri Najib Razak yang disunting seakan-akan gambar pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Hasmiza Othman.


Ia memaparkan Najib memakai tudung hijau dengan isyarat jari seperti gaya popular Hasmiza ketika mempromosikan produknya.


Khalid mengarahkan siasatan itu setelah seorang pengguna di Twitter meminta beliau mengarahkan tangkapan terhadap penyebar gambar itu.


Pengadu yang menggunakan DJStarscreamx itu turut mengetengahkan gambar lain yang mengejek Najib.

Gambar itu memaparkan dialog kononnya dinyatakan Najib: “Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun”.


Ia mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih”.


Hasmiza kini sedang popular susulan hasratnya menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan mengenakan syarat stadium pasukan itu diwarnakan merah jambu.


Sumber Rujukan : Malaysiakini @ http://www.malaysiakini.com/news/326008


admin 84 points
53,304 views Jan 8, 2016

Please log in or register to Comment this Media.